Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, December 28, 2010

6 Jenis Amalan, Dan Manusia Tergolong Dalam 4 Jenis

Apakah 6 jenis amalan itu??

  • Dua amal yang wajib.
          Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan
          Allah, dia tinggal di Syurga selama-lamanya dan barang siapa yang
          mati dalam keadaan syirik, dia masuk ke dalam neraka.

  • Dua amal yang seimbang.
         Sesiapa berniat melakukan sesuatu kebaikan, dia memperoleh pahala
         dan barang siapa melakukan dosa, dia memperoleh seksa.

  • Satu amal mengandungi pahala sebanyak 10 kali ganda.
         Sesiapa melakukan apa sahaja kebaikan, dia memperoleh pahala
         sebanyak 10 kali ganda.

  • Satu amal mengandungi pahala 700 kali ganda.

         Sesiapa yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, dia
         memperoleh pahala sebanyak 700 kali ganda daripada setiap
         harta yang dia belanjakan itu.


4 jenis manusia itu pula ialah :-
  1. Orang yang kaya di dunia dan kaya di akhirat.
  2. Orang kaya di dunia dan miskin di akhirat.
  3. Orang yang miskin di dunia dan kaya di akhirat.
  4. Orang yang miskin di dunia dan miskin di akhirat.
 -Ajaibnya Sedekah..Semakin Bersedekah, Semakin Kaya !

Wednesday, December 22, 2010

Waspadalah 4 Perkara...

Ada 4 perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak :
1-      Tidak suka terhadap qadak dan qadar Allah dan tidak rela
          menerimanya.

2-      Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.
         ..katakanlah : “ Hal itu adalah sikap diri kalian…” 
         (Ali-‘Imran : 165)

3-      Dengki kepada manusia, suka balas dendam dan iri
         terhadap kurniaan Allah berikan pada seseorang:
         “Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah 
         diberi kurnia oleh Allah… (An-Nisa’ : 54)

         Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak ada ketenangan 
         bagi orang yang suka mendengki”.

4-     Berpaling dari peringatan Allah.
        “Maka sesungguh baginya penghidupan yang sempit”.  
        (Taha : 124)
  

Tuesday, December 21, 2010

Jangan Bersedih, Masih Banyak Nikmat Yang Ada Pada Diri Anda...


Fikirkanlah nikmat dan kurniaan Allah yang amat besar. lalu bersyukur kepadaNya atas semua nikmat itu dan sedarilah bahawa anda benar-benar telah bergelimang dengan pemberianNya.
Allah S.W.T berfirman :

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya". (Ibrahim : 34)

"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allah datangnya". (An-Nahl : 53)

Allah menegaskan bertapa besarnya kenikmatan yang dia berikan kepada hamba-hambaNya sebagaimana yang tersebut di dalam surah Al-Balad, ayat 8 hingga 10 :

"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya kedua mata, lidah, dan dua bibir, Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan".

Terdapat banyak kenikmatan yang terus mengalir,nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, nikmat penglihatan, nikmat kedua tangan dan kedua kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan. Dan nikmat yang paling agung adalah nikmat hidayah rabbaniyyah, yakni agama Islam. Seseorang pernah berkata : Apakah anda rela mata anda dibeli dengan harga satu juta dollar? Apakah anda rela menjual kedua telinga anda dengan harga satu juta dollar? Adakah anda rela kedua kaki anda dibeli denga harga satu juta dollar? Apakah anda rela kedua tangan anda dibeli dengan harga satu juta dollar? Apakah anda rela menjual hati anda dengan harga satu dollar? Betapa banyak harta yang ada di tanganmu, namun mengapa anda enggan bersyukur???

Sunday, December 19, 2010

Dari Manakah Asal Usul Jarum?

  Tahukah anda, jarum yang kita gunakan hari ini mempunyai sejarah yang cukup panjang? Berdasarkan kajian, jarum "tidak bermata" yang diperbuat daripada tulang ikan dan burung, gading, kayu, gangsa, malah duri, telah ditemui dalam puing Zaman Batu, ribuan tahun lalu. Jarum besi dan gangsa pula ditemui pada puing zaman Mesir dan Rom purba.

  Jarum keluli "bermata" atau berlubang seperti yang kita gunakan hari ini, dipercayai pertama kali dibuat oleh penduduk China, dan dibawa ke Eropah oleh bangsa Moor pada Zaman Pertengahan. Semasa pemerintahan Ratu Elizabeth l, seorang berbangsa Jerman, Elias Grouse telah mengajar cara membuat jarum kepada orang Inggeris. Kini, pengeluar jarum yang utama di dunia adalah England dan Perancis.

  Sungguhpun banyak jenis mesin digunakan untuk membuat jarum, jangan terkejut kerana untuk menghasilkan sebilah jarum, proses yang dilalui melibatkan 20 orang pekerja.

*Kuntum, Mac 2002.

Friday, December 17, 2010

7 Golongan Yang Dijamin Masuk Syurga


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu :-
  •  Pemimpin yang adil.
  • Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
  •  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
  • 2 orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara bersembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.
  •  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata : "Tidak.. saya takut kepada Allah".
  • Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
   

Bidadari

DUA GOLONGAN BIDADARI
Keindahan dan kejelitaan bidadari digambarkan oleh Rasulullah dalam 2 golongan. Pertama, olongan yang rupanya bagaikan bulan purnama. Kedua, golongan yang rupanya bagaikan bintang yang sangat terang cahayanya. Keindahan dan kecantikan wanita-wanita syurga itu digambarkan oleh Nabi menerusi sabdanya bermaksud :

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya denan harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya".   
(H.R Bukhari).

Tersebut di dalam kitab "Haza Jannah" sebuah cerita berkenaan wanita-wanita cantik yang diumpamakan dengan bidadari-bidadari di syurga.Kitab tersebut mengisahkan sebagai berikut :

Wanita-wanita itu berjalan dengan pakaian yang disulam benang emas dan dilekati hiasan-hiasan dari berbagai burung dan binatang, dengan aneka batu bewarna merah dan hijau.Dia memakai kalung yang sangat mewah dan mahal harganya, yang bertatahkan permata buat dan besar yang menyilaukan mata dan menggetarkan fikiran. Wajahnya bersinar di bawah cahaya lampu, nampak lebih cemerlang dibanding bulan purnama yang bersinar pada malam keempat belas. Dengan mata yang lebih tajam daripada sebilah pedang, bulu mata yang memikat hati, pipi kemerah-merahan dan gaya berjalan yang berirama, dia melangkah dengan kecantikkannya yang tak terlukiskan. Wanita-wanita itu menyanyi dengan memainkan rebana dan segala jenis alat muzik. Wanita itu bagaikan bulan di tengah bintang-bintang, dengan kening yang bercahaya, leher seputih marmar, wajah secerah bulan dan pipi kemerah-merahan.

Sudah tentu golongan yang memasuki syurga dapat bertemu bidadari. Namun siapakah golongan yang dijamin masuk syurga??  Saya akan senaraikan pada post seterusnya.

Monday, December 13, 2010

Peringatan Daripada Seorang Anak

~ Usah terlalu manjakan saya.
~ Usah takut bersikap tegas terhadap saya.
~ Usah memperkecil-kecilkan saya.
~ Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk.
~ Usah bimbang sangat apabila saya kurang sihat.
~ Usah samakan kesalahan saya dengan dosa.
~ Usah menunjukkan kesalahan saya di depan orang.
~ Usah lupa saya suka untuk mencuba.
~ Usah membuat janji yang tergesa-gesa.
~ Usah kerap sangat meleteri saya.
~ Usah paksa saya menunjukkan kejujuran.
~ Usah lupa yang saya ini cepat membesar.
~ Usah mengaku ibu dan ayah serba sempurna.
~ Usah membodoh-bodohkan saya apabila saya takut.
~ Usah tidak endahkan pertanyaan saya.
~ Usah selalu bertukar-tukar sikap.
~ Usah risau kalau saya katakan "Saya bencikan ibu dan ayah".
~ Usah lupa  saya kurang bijak untuk menyatakan hasrat saya.
~ Usah lupa mengingatkan saya untuk beribadah dan berdoa.
~ Usah samakan keadaan ibu dan bapa dengan keadaan saya.
~ Usah lupa saya perlukan banyak kasih sayang dan persefahaman untuk
    membesar dengan sempurna.

* Petikan Daripada : Kecemerlangan Mendidik Anak-Anak.

Persoalan Sains Yang Perlu Kita Ketahui

1) Adakah kedua-dua ekor nyamuk jantan dan betina menggigit?
    Tidak. Hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit dan menghisap
    darah. Nyamuk jantan menghisap madu daripada bunga.

2) Organ apakah yang terbesar di dalam badan kita?
    Hati ialah kelenjar terbesar di dalam badan kita. Kelenjar ialah 1 sel, 
    sekumpulan sel atau organ yang merembeskan bahan kimia.

3) Apakah jenis ular berbisa yang terbesar di dunia?
    Ular senduk. Ia boleh membesar sehingga lebih 6m panjang.

4) Daun apakah yang paling besar dan paling kecil?
    Daun pokok rafia dan buluh Amazon. Panjangnya mencapai 20m.
    Manakala daun yang paling kecil ialah daun kiambang itik iaitu kira
    -kira 0.6mm panjang dan 0.3mm lebar.
   
5) Tumbuhan apakah yang boleh hidup di kawasan air masin?
    Pokok bakau.

Sunday, December 5, 2010

Bagaimanakah Nama Kemagnetan Diperolehi ?

Pada zaman Greek kuno, seorang budak gembala biri-biri yang bernama Magnes sedang menjaga biri-birinya di atas sebuah bukit. Dia telah meletakkan hujung tongkatnya di atas seketul batu dan mendapati tongkatnya melekat dengan kuat pada batu itu. Oleh itu, nama "magnet" diambil sempena nama Magnes.


Bagaimanapun, nama magnet mungkin timbul daripada kemungkinan berikut. Terdapat satu bandar yang dipanggil Magnesia. Di bandar ini, batu magnet (bijih besi yang bersifat magnet) dijumpai dengan banyaknya. Oleh itu, perkataan "magnet" berasal daripada nama bandar tersebut.

~ Ensiklopedia Sains Sekolah, Jilid 1.

Wednesday, December 1, 2010

Adakah Anda Sukar Membuang Air Besar? Bagaimana Cara Mengatasinya?

Pada masa kini, kebanyakkan punca pelbagai penyakit adalah dari faktor pemakanan. Dan salah satunya ialah "sembelit". Untuk memudahkan pembuangan air besar (bagi yang menghadapi sembelit), makanlah buah pisang sebanyak yang mungkin. Atau, cara keduanya adalah dengan menyapu minyak gamat pada tempat keluarnya najis tersebut. Hasil bagi cara kedua ini adalah lebih cepat berbanding cara pertama tadi.Anda boleh menggunakan putik kapas untuk menyapu minyak gamat pada bahagian tersebut.

    

Kebaikkan Teh O


Teh O merupakan salah satu minuman yang di gemari oleh masyarakat Malaysia. Namun, Teh O jika diminum selalu akan membuatkan sesetengah individu sukar untuk membuang air besar. Malah ada yang tidak membuang air besar sehingga 3 hari ! Tetapi, anda usah bimbang kerana Teh O juga mempunyai kebaikkan untuk individu yang mengalami masalah cirit-birit. Caranya cukup mudah. Minumlah Teh O yang sedikit pekat dari biasa. Insyaallah. Ia akan mengurangkan masalah cirit-birit yang dihadapi.
 

Kegunaan Minyak Sapi


Selain digunakan dalam masakan, ghee atau lebih dikenali sebagai minyak sapi boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak atau benjollan. Sekiranya jari anda tersepit pada pintu atau kepala anda terhantuk pada dinding, lalu bengkak, anda boleh mengurangkan bengkak tersebut dengan menggunakan minyak sapi.

Caranya mudah sahaja. Ambil 1 sudu kecil minyak sapi. Kemudian cairkan minyak sapi berkenaan. Sapukan minyak sapi yang telah dicairkan pada benjolan atau pada tempat yang mengalami bengkak. Pastikan minyak sapi yang telah dicairkan itu tidak terlalu panas untuk disapukan pada tempat yang berkenaan.

Selamat Mencuba !